Asal-usul nama Kerteh

  • Dahulu kawasan Kerteh dipenuhi dengan air. Sememangnya kawasan ini adalah kawasan paya. Selepas itu, kawasan paya ini kering dan bertukar menjadi daratan dan disebut 'kering kerotey' mengikut dialek Terengganu. Akhirnya disebut Kerotey, Kretay, dan sekarang disebut Kerteh.
  • Kisah seorang lelaki yang mempunyai isteri bernama Cik Teh. Ketika mereka membuat huma, Cik Teh terpandang seekor kera lalu bertanya kepada suaminya. Lalu dijawab ' Kera Teh'. Dialog itu berubah menjadi 'Kerteh'.
  • Dikampung pada suatu masa banyak dihuni oleh Kera Puteh, jadi digabungkan dan dipendekkan menjadi KERTEH